Thursday, November 5, 2009

Kaedah Pembuatan Pau

Asas Doh Pau (1)

500g                   Tepung Pau/Halus

1/2 tsp              Garam

1/2 tblsp          Yeast Serbuk

100g                   Gula kastor

240ml                Air

3 tblsp               Shortening

Bahan B

3 tblsp               Double Action
                            Baking Powder

Cara Membuatnya
1. Campurkan kesemua bahan kecuali bahan B. uli sehingga menjadi doh 
2. Bila doh telah kembang, ayak bahan B diatas doh berkenaan dan uli sekali lagi hingga doh sebati
3. masukkan inti dan bentukkan seperti bebola. kemudian rehat seketika 
sehingga doh itu kembang.
4. kukus hingga masak selama 15 minit.


kaedah ini telah dikaji akan cara penyediaannya. banyak kaedah dan resipi telah di beri oleh pelbagai pihak tetapi hasilnya ramai yang tertanya-tanya. apakah sebenarnya resipi yang betul.....pasti ramai yang bertanya. pau adalah satu produk buatan orang timur seadanya dan ramai yang mengemarinya..akan tetapi saya tidak menyalahkan sesiapa yang memberi dan mengajar resipi pau kepada orang lain sebab penyediaan pau mempunyai pelbagai kaedah dan cara akan tetapi kaedah yang diberikan ini merupakan kaedah yang paling mudah jika kita ingin mempelajari kaedah pembuatan pau. 




No comments:

Post a Comment